Apa itu MyKid
MyKid adalah kad pengenalan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun. MyKid mempunyai ciri yang sama seperti MyKad, tetapi tidak mempunyai gambar dan cap jari. Kad ini mengandungi tiga aplikasi utama dalam cipnya iaitu data kelahiran, maklumat kesihatan, dan maklumat pendidikan.
Kelebihan MyKid
- Pengurangan Penggunaan Borang
MyKid membantu mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
- Urusan Kesihatan dan Persekolahan
Kad ini digunakan untuk urusan di hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan serta untuk [urusan persekolahan](https://imoe.my/cuti-sekolah).
- Mudah Dibawa
MyKid bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.
- Ciri Keselamatan
Kad ini mempunyai ciri keselamatan yang membantu mengelakkan daripada disalahgunakan.
- Berteknologi Cip
Maklumat pada MyKid boleh dibaca melalui cip dan mudah dikemaskini.
Dokumen yang Diperlukan untuk Permohonan MyKid
Untuk membuat permohonan MyKid, berikut adalah dokumen yang diperlukan:
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Salinan kad pengenalan bapa dan ibu
- Salinan asal sijil nikah / sijil lahir ibu bapa.
Cara Membuat Permohonan MyKid
- Secara Walk-In
Permohonan MyKid boleh dilakukan dengan mengunjungi pejabat JPN terdekat. Bawa dokumen yang diperlukan dan ambil nombor giliran di kaunter. Tunggu nombor dipanggil dan ikuti prosedur sehingga selesai.
- Secara Dalam Talian
Buat masa ini, semakan status permohonan MyKid boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi JPN di [semakan.jpn.gov.my](https://spcmykid.jpn.gov.my/semakmykid.php). Sistem ini membolehkan ibu bapa menyemak status permohonan dengan memasukkan nombor permohonan yang diberikan pada resit.
Tempoh dan Proses Semakan MyKid
Tempoh semakan dan pengesahan permohonan MyKid adalah dari 29 Julai hingga 31 Oktober 2024. Permohonan yang tidak disahkan dalam tempoh ini akan dibatalkan, dan permohonan baru perlu dibuat semula.
Untuk dihubungi
- Talian Hotline MyKid
Jika anda memerlukan bantuan atau maklumat lanjut mengenai MyKid, boleh hubungi talian hotline JPN:
– Talian Hotline MyKid: 03-8000 8000
- Email Sokongan MyKid
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan MyKid, sila hantar email kepada:
– Email Sokongan MyKid: pro@jpn.gov.my