i-Akaun KWSP: Login Semak Penyata Akaun

Cover image

LOGIN i-Akaun KWSP

Apa itu i-Akaun KWSP? i-Akaun KWSP adalah platform dalam talian yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membolehkan ahli menguruskan simpanan persaraan mereka secara lebih efektif dan efisien.
Struktur Akaun Baru Mulai 11 Mei 2024, KWSP telah memperkenalkan struktur akaun baru yang mengandungi tiga akaun:
  1. Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan yang akan digunakan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  2. Akaun Sejahtera untuk memenuhi keperluan hidup yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  3. Akaun Fleksibel sebagai akaun baru yang menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

Struktur ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan warga setelah persaraan sambil mengimbangi keperluan kewangan jangka pendek, sederhana, dan panjang.

Bagaimana Untuk Menggunakan i-Akaun Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan i-Akaun KWSP:
  1. Akses Laman Web i-Akaun

Buka pelayar web dan pergi ke laman web rasmi i-Akaun KWSP.

  1. Daftar atau Log Masuk

Ahli KWSP perlu mendaftar atau log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan.

  1. Menguruskan Simpanan

Ahli boleh mengurus dan memantau simpanan mereka dalam akaun KWSP melalui i-Akaun. Ini termasuk melihat baki akaun,penyata akaun, transaksi simpanan, dan mengemaskini maklumat peribadi.

  1. Membuat Pengeluaran

Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dilakukan melalui i-Akaun dengan mengikuti prosedur yang disediakan dalam platform.

Hubungi Untuk Bantuan Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai i-Akaun atau KWSP, sila hubungi: